Monday, March 30, 2015

Washing Machine

Assalamualaikum wbt. Takde apa nak cerita sbnrnye ni, just a part of my experience and lesson yesterday. Mesti ramai antara kita yang ada tukang cuci baju di rumah kita yang berasal dari jepun iaitu washing machine.

So,  macam biasalah bila baju kotor dah berlambak dalam bakul, apa lagi campak lah dalam washing machine untuk instant service. Biasanya, aku just bukak washing machine tu and masukkan terus semua baju dalam bakul macam masukkan sampah daripada bakul sampah. Tapi, tiba-tiba aku rasa macam nak masukkan satu-satu macam mak aku suruh sebelum ni(tapi aku tak pernah ikut pun kahkah). So, satu-satu baju aku belek dan masukkan dalam mesin.

So, kat sinilah aku belajar a life lesson. Ada satu seluar aku belek-belek dan check poket tu , jumpa pulak EARPHONE SONY aku. Sebelum ni memang aku cari tak jumpa, lepastu aku let go je lah sebab aku assume mesti aku misplaced somewhere. Pergh , memang nasib baik la aku time tu , kalau tak , babai la earphone ku. Dahlah dapat free time beli phone. Barang free tu sayang lahh. Ingat tuu!

Bukan tu je , penemuan aku yang seterusnya dalam poket seluar aku lagi satu lagi men-shocking kan aku. Kali ni, aku jumpe RM 300 cash yang mak aku bagi !! Oh Shippp! 300 tu beb bukan 3 hengget hang tau. Kalau 3 hengget sedih jugakk tapi ni 3 ratuih. Kalau aku campak je ni tak tau lah selamat ke dok duit aku tu. Mungkin basah and boleh keringkan. Tapi org cakap better avoid than cure. (aku hantam je lebih kurang la tu kahkah). Kalau tisu dalam poket seluar tu mmg dah banyak kali sebelum ni. Korang pun mesti pernah kan . Tipu la tak pernah.

So, nilah life lesson aku. Luckily aku tergerak hati nak masukkan satu per satu time tu. Aku dah insaf lah, lepas ni tak campak semua terus dalam machine. Biar lambat , asal duit selamat. eh, asal lu tak nyesal kendian lah. So tu je lah aku nak habaq. Korang yang masih campak-campak baju tu aku rasa dah boleh berubah kot. Cer kalau phone korang yang termasuk , boleh siapkan kubur lah untuk phone mati lemas tu. Samo-samo lah kito ambil iktibar ye. Ok bai.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kelas Tajwid
    https://ibb.co/0cVC9xP
    017-4502767

    ReplyDelete