Monday, March 30, 2015

Washing Machine

Assalamualaikum wbt. Takde apa nak cerita sbnrnye ni, just a part of my experience and lesson yesterday. Mesti ramai antara kita yang ada tukang cuci baju di rumah kita yang berasal dari jepun iaitu washing machine.

So,  macam biasalah bila baju kotor dah berlambak dalam bakul, apa lagi campak lah dalam washing machine untuk instant service. Biasanya, aku just bukak washing machine tu and masukkan terus semua baju dalam bakul macam masukkan sampah daripada bakul sampah. Tapi, tiba-tiba aku rasa macam nak masukkan satu-satu macam mak aku suruh sebelum ni(tapi aku tak pernah ikut pun kahkah). So, satu-satu baju aku belek dan masukkan dalam mesin.

So, kat sinilah aku belajar a life lesson. Ada satu seluar aku belek-belek dan check poket tu , jumpa pulak EARPHONE SONY aku. Sebelum ni memang aku cari tak jumpa, lepastu aku let go je lah sebab aku assume mesti aku misplaced somewhere. Pergh , memang nasib baik la aku time tu , kalau tak , babai la earphone ku. Dahlah dapat free time beli phone. Barang free tu sayang lahh. Ingat tuu!

Bukan tu je , penemuan aku yang seterusnya dalam poket seluar aku lagi satu lagi men-shocking kan aku. Kali ni, aku jumpe RM 300 cash yang mak aku bagi !! Oh Shippp! 300 tu beb bukan 3 hengget hang tau. Kalau 3 hengget sedih jugakk tapi ni 3 ratuih. Kalau aku campak je ni tak tau lah selamat ke dok duit aku tu. Mungkin basah and boleh keringkan. Tapi org cakap better avoid than cure. (aku hantam je lebih kurang la tu kahkah). Kalau tisu dalam poket seluar tu mmg dah banyak kali sebelum ni. Korang pun mesti pernah kan . Tipu la tak pernah.

So, nilah life lesson aku. Luckily aku tergerak hati nak masukkan satu per satu time tu. Aku dah insaf lah, lepas ni tak campak semua terus dalam machine. Biar lambat , asal duit selamat. eh, asal lu tak nyesal kendian lah. So tu je lah aku nak habaq. Korang yang masih campak-campak baju tu aku rasa dah boleh berubah kot. Cer kalau phone korang yang termasuk , boleh siapkan kubur lah untuk phone mati lemas tu. Samo-samo lah kito ambil iktibar ye. Ok bai.


Saturday, March 21, 2015

An Introduction to ACCA - Chartered Accountant Global Body

Assalamualaikum ,

Tak ramai yang pernah dengar atau tahu tentang ACCA. Personally, aku pun sebenarnya baru tahu tentang ACCA ni dalam bulan lepas oleh abang aku. Basically, ACCA stands for Associated of Chartred Certified Accountant.So,entri ni aku nak share sedikit sebanyak apa yang aku tahu tentang ACCA terutama kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang nak sambung ke program professional accounting which includes myself.

Association of Chartered Certified Accountant(ACCA) adalah sebuah badan perakaunan professional global yang beribu pejabat di London. ACCA. Dengan motto "The global body for professional accountants", ACCA berfungsi sebagai platform yang memberi latihan kepada pelajar perakaunan dan menawarkan sijil kelayakan atau gelaran Akauntan Bertauliah ataupun Chartered Acountant.Pada hari ini, ACCA diiktiraf oleh 180 buah negara termasuk Malaysia. ACCA telah mempunyai 170,000 ahli dan 436,000 penuntut di seluruh dunia. Pemegang gelaran Chartered Accountant ini adalah high demanded dan dipandang tinggi oleh kebanyakan syarikat di seluruh dunia serta diberi keutamaan untuk mendapatkan pekerjaan atau jawatan sebagai pengurus kewangan di dalam sesebuah syarikat. 

Logo ACCA 

ACCA merupakan satu cabang kepada pengajian bidang perakaunan terutama kepada pelajar lepasan SPM atau lepasan diploma perakaunan mahupun pemegang ijazah sarjana muda perakaunan yang ingin mendapatkan pengiktirafan yang lebih tinggi dalam kerjaya perakaunan.

 Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin terus mengambil program ACCA, diwajibkan mengambil program CAT(Certified Accountant Technician) terlebih dahulu selama 1 tahun kebiasaannya .Lebih kurang macam Foundation la. Lepas dah menduduki ujian akhir CAT dan lulus, barulah boleh sambung ke ACCA . Program ACCA boleh dilakukan seawal 3 tahun manakala maksimum tempoh yang diberikan oleh badan ACCA adalah selama 10 tahun.

Tambahan : Jika anda memiliki diploma dalam perakaunan yang ingin menyambung ke program ACCA juga boleh melakukan sedemikian. Lulusan diploma juga boleh melakukan pengecualian (Exemption) bagi 3 paper fundamental ACCA pertama (F1,F2,F3), so tak perlu menduduki 3 papers ini malah boleh terus mengambil paper F4 dan seterusnya.
Manakala, bagi lepasan Degree, jika anda mahu menyambung belajar ACCA, anda akan mendapat exemption untuk exam lebih daripada 3 papers yang diatas.

Untuk mereka yang mengambil dan berjaya menamatkan CAT juga tidak perlu menduduki 3 subjek pertama ini ketika menyambung ACCA.

Sijil ACCA adalah setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda / Degree perakaunan, malah lebih baik lagi. So, student CAT-ACCA boleh mendapat sijil CA dan Degree yang dikeluarkan oleh Oxford Brookes University di England dalam tempoh yang singkat berbanding pemegang Degree perakaunan yang mengambil ACCA.

Setakat ni, tak banyak IPTA yang menawarkan program professional ini. Antaranya Kolej Polytech Mara dan UITM Shah Alam. Kalau IPTS memang banyak yang menawarkan program ini seperti Sunway College, Help College dan KDU College. And boleh dapatkan tajaan dari MARA sama ada loan atau full scholarship untuk program professional ni.

Terdapat maksimum 14 kertas peperiksaan yang perlu lulus dalam program ACCA. Banyak kan? gila tak banyak. Peperiksaan ini terbahagi kepada dua peringkat , 9 paper for Fundamentel Level dan 5 paper for Professional Level. And wajib lulus satu paper untuk ambil paper seterusnya ! Satu subjek satu paper. Tempoh untuk menghabiskan peperiksaan ini adalah selama 10 tahun. Tapi yang paling awal boleh disettlekan dalam 2 or 3 years. Korang boleh usha subjek yang akan dipelajari dalam program ACCA ini.



Subjek dan Exam ACCA
Source: Google

Take in note that exam ni digubal dari UK . Dah pun dari negara Inggeris, soalan pun ditulis dalam full English le. Jadi, aku nasihatkan korang kenalah rajin-rajin improve English tu in both writing and speaking. Nanti nak tengok buku teks pun dah terkebil-kebil haaa.(aku pun sama gak). Dan setiap paper tidak free nak. Harga setiap paper adalah berlainan dan mengikut nilai mata wang UK Pound. Mahal tak mahal ah.So,  kalau fail satu paper , kenalah ambil paper yang sama lagi sekali dan perlu bayar.



ACCA Exam fees
Source: accaglobal.com


Contoh Soalan Exam ACCA
Source: accaglobal.com

FACT : ACCA MEMANG TOUGH

ACCA is a really challenging and mind-stressing programme. So, aku nasihatkan korang fikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang besar ni. It's a Big Turning Point. Korang muhasabah diri dulu dan cuba perbaiki kelemahan yang ada sekarang. Program Professional ni memang demand high commitment and sacrifice. Ada je ramai student yang fail paper 4 ke 5 kali.Untuk program CAT-ACCA, nak atau tidak anda perlu lulus kesemua 14 paper sebab korang takde degree sedia ada. Tapi untuk jalan yang lebih selamat tetapi memakan tempoh yang lama, buat degree/Diploma terlebih dahulu, baru buat ACCA.
Kalau ACCA ke laut , at least dah ada backup.

So, terpulang kepada korang yang mana lebih sesuai dengan diri masing-masing. Buat pilihan yang tepat supaya takdelah menyesal nanti. Hanya korang yang betul-betul faham kebolehan diri sendiri. Minta nasihat daripada senior2 yang dah ambil ACCA, and nilai sendiri. Okay, tu jelah yang aku boleh share pasal ACCA ni. Semoga korang dapat walaupun sedikit input yang berguna dalam entri ni. Semoga cita-cita anda untuk menjadi seorang Akauntan Bertauliah akan menjadi realiti ! Selamat Berjuang!

Ok dah bye . Assalamualaikum.


" BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSONANG-SONANG KEMUDIAN "

Friday, March 13, 2015

Nak sambung belajar apa??





Assalamualaikum ,

 Since aku masih lagi budak lepasan SPM 2014, so kepala otak ni memang serabut memikirkan bidang apa aku nak sambung lepas ni. Bila result SPM diumumkan, macam biasalah mesti member-member atau saudara-mara pun tanyalah "kau nak sambung apa lepas ni daus?""nak sambung mana?". So, bagi diorang yang dah clear nak sambung course apa nanti, senang jelah diorang nak jawab. Tapi, bagi orang macam aku yang masih tak tahu nak sambung apa nanti , memang senyum dan jawapan simple "tak tahu lagi" jelah yang kita bagi .

Masa nilah parents dan pakcik-pakcik kita nak mem-promote kan jurusan-jurusan yang hangat atau hot-courses yang gempak seperti Engineering , Arkitek dan sebagainya. Tapi, disebabkan aku cetek ilmu masa tu tentang kos-kos(Course) yang diorang sebut tu, macam mana aku nak buat keputusan nak sambung belajar apa nanti. Memang aku dilemma masa tu. Sekejap nak jadi tu , sekejap nak jadi ni.haih peningg.

Sebab apa aku taknak buat keputusan tergesa-gesa  , mainly sebab aku nak discover myself first. So aku tanya balik diri aku , apa yang aku minat, boleh ke aku carry on bidang ni . Orang pun cakap study ikut apa yang kau minat, bukan sekadar gaji masyuk semata-mata. Sebab aku taknak menyesal kalau tersalah pilih field nak study nanti, dah takboleh nak patah balik dah. Kalau boleh pun memang makan masa lama lah. Orang lain dah grad, aku terhegeh-hegeh lagi study. So , aku nak avoid semua tu before it's too late bak kata omputeh.

One more thing yang penting ialah niat / nawaitu kita. Apa niat kita nak buat something, sama ada mendatangkan faedah kepada diri kita ke tidak. Kalau niat kita betul. In Shaa Allah semua urursan kita akan smooth dan mudah. Sebaliknya kalau niat asal kita dah tak betul, memang tak menjadilah kerja tu.Jadi, betulkan niat sebelum melakukan sesuatu (kan aku dah preaching haa).

Sambung balik cerita aku, tak lama lepas tu, bapak aku pun recommendkan aku untuk sambung Accounting .Itu pun sebab kami ternampak berita tentang matlamat negara untuk melahirkan berapa ribu akauntan bertauliah bumiputera menjelang 2020. So , aku yang terumbang-ambing ni pun setuju jelah dengan bapak aku. So aku pun buat lah research tentang accounting ni. Kakak ipar aku dulu juga ambil diploma perakaunan , so aku boleh lah intrview dia sikit-sikit tentang course ni. Tup tap tup tap, timbullah rasa minat dekat akaun ni. Takpayah serabut otak lagi . Lagipun, aku memang dah set taknak ambil engineering atau medik. Tapi, satu disadvantage buat aku adalah aku ni budak science stream , so takde basic and zero lah akaun ni. Tapi aku percaya kalau kita bersungguh-sungguh nak belajar, tak ada yang mustahil iye dok?

Mungkin post aku yang seterusnya , aku nak buat entri sedikit sebanyak pasal Accounting . The qualification, studies dan hala tuju untuk menjadi seorang ACCA   iaitu  Akauntan Bertauliah.

Peace.















Wednesday, March 11, 2015

Fesyen Hijab dalam dunia Moden

Assalamualaikum ya ahli dun'ya.


So this is my second entry since I started blogging couple days ago. Well, to be honest memang kusut otak sebab tak tahu nak tulis apa for my second entry ni. Now , I realized that blogging is not that easy macam media sosial yang lain like twitter or facebook yang kita boleh update a post dalam satu ayat atau dua. Biasalah , dah nama pun blogger baru dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari dalam dunia blogging. 


Personally, aku memang seorang peminat dunia fesyen yang sudah ber-evolusi pada zaman sekarang. Bagi aku, fesyen adalah suatu medium untuk kita mengekspresikan diri kita dari segi luaran. Tak salah kalau nak berfesyen, cuma kena pandai pilih pemakaian yang betul dan tidak keterlaluan sehingga boleh menyebabkan 'fashion crime', dan sakit mata orang memandang.

Basically, perkataan hijab berasal dari Arab yang bermaksud tudung dalam Bahasa Malaysia. Selain itu, apa-apa kain atau benda yang menutup kepala adalah hijab. So, kalau pakai tuala pun untuk tutup kepala dikira sebagai hijab.(aku rasa lah).

Pemodenan dunia fesyen hijab pada hari ini merupakan satu evolusi yang positif terutamanya kepada kebanyakan wanita-wanita Islam yang memakai hijab. Kalau tengok pada hari ini, bermacam-macam fesyen hijab yang digayakan oleh wanita-wanita sekarang .Ada bermacam-macam jenis antara yang popular seperti shawl,halfmoon ,bawal ,etc(aku tau sikit-sikit je).

Pasti korang pernah dengar perkataan Hijabster kan? Hijabster merupakan gabungan perkataan hijab dan hipster. Tetapi, bukan semua wanita yang meamakai tudung adalah hijabster. Hijabster adalah golongan yang mengikuti trend hijab atau fesyen hijab dan menggayakannya dengan unik dan lebih urban. Dah nama pun hipster, mestilah nak style. Nama-nama yang popular seperti Hana Tajima, Mawar Fareeda, Yuna merupakan antara trendsetter bagi pemakaian hijab moden. 

Korang boleh lihat jenis-jenis tudung yang popular di Malaysia di http://www.thecrescent.com.my. Sebenarnya banyak lagi cara-cara pemakaian tudung yang bergaya. Contohnya, seperti tutorial-tutorial hijab yang dicipta oleh Hana Tajima , seorang gadis  kacukan Jepun dan Inggeris di laman web Youtube. 

Secara peribadi, aku memang suka tengok pemakaian tudung ala-ala hijabster nih. Terasa sejuk mata memandang heheh. Sebab apa? sebab aku respect kat diorang ni. Walaupun memakai hijab, tetapi diorang pandai membuat satu inovasi dan alternatif untuk berfesyen menggunakan hijab.

Tengok sikit gambar Fesyen Hijab aku cilok google :D


                                                           





 Lawa kan aku dah cakap .













Monday, March 9, 2015

Nak buat blog ke taknak ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada abang2 and kakak2 yang hensem2 belaka. So, ini merupakan entri pertama saya sejak buat blog nih . Sebenarnya takde ape pon nak habaq , sebab first time kann so kita berkenalan je dulu macam kat sekolah ape tu .. hah! sesi ICE BREAKING . So sebelum nak mula ni saya perkenalkan lah dulu nama saya .

 Alright , my name is Ahmad Firdaus Bin Ahmad Johari . Tahun ni dah nak masuk umur 18 . Yes, baru 18 (terasa muda kejap), baru je dapat result SPM minggu lepas. Alhamdulillah dengan berkat usaha dan bimbingan daripada kawan2 dan guru2 dan parents, Result pon memuaskan . Bak kata pepatah "Bersusah-susah dahulu , bersonang-sonang kemudian" . Oklah taknak cerita pepanjang pasai SPM nih .

So , berbalik kepada tajuk entri ni , Nak buat Blog ke taknak ? . Hahah actually bukan nak share tips ke nasihat ke or something like that. This is just a story about myself heheh.So, sebelum nak mula buat sesuatu , mesti ada sesi muhasabah diri kan. Jadi, inilah yang menjadi persoalan dalam kepala ni whether should I start a blog or not . Kalau tanya member2 mestilah macam2 feedback yang diorang kasi. Ada yang support gila , support sikit and ada juga yang tak. 

So,
Antara sebab-sebab Support:

  •  "Kalau nak buat okay just go for it lah, no one's stopping you."
  •  "Maybe kau boleh jadi femes buat blog ni".(paling irrelevant hahah tapi best gak an femes. heheh)
  •  "Check out _____'s blog( famous bloggers ), they start from below "(mcm sama dengan no.2)
  •  "Lepas ni kalau ade free time boleh lah blogging , takdelah lepak buang masa je "(sounds good)
  •  "Entahlahnak , ikut suka hang lah " (ini jenis yang 'lantak kau lah' , kira sapot ah jugak kan kan?)

Antara sebab-sebab tak Support :

  •  "Eh blogging? hahah selalu perempuan je blogging nih "(sexist alert)
  •  "Buang masa lah , macam takde life doh(johor slang)"
  •  "Hahahaha kau ? blogging ? rajin ke kau nak update2 bagai ni ?"(aku bukan rajin sangat hm)
  •  "Trust me lah , you'll get lazy in a while nanti ,ni hangat pisang goreng je"

Jadi itulah serba-serbi sedikit sebanyak feedback yang aku dapat from my friends sebelum buat belog ni. Biasalah , lain orang, lain pendapat. But , okaylah at least kita dapat menganalisis atau bermuhasabah diri ini dengan komen2 sedemikian . Take it all as a positive comeback. Betul jugak ada yang kata kena rajin update semua, saya ni bukanlah seorang yang rajin sangat tbh. And blogging ni sebenarnya atas minat and kehendak sendiri. At first place , memang tak minat lansung and takde niat pun nak buat blog ni, tapi tiba2 muncul keinginan tu sendiri. Mainly sebab nak rasa macam mana life seorang Blogger ni. Soo, it's not wrong to give it a Shot kan, and I got nothing to lose for myself. Dan akhirnya, setelah membuat keputusan , saya decide lah to create my own blog and this is it. YAY for me !


Sebagai penutup entri,( hah dah penutup dah phew) , to all bloggers yang dah experience ni , mohon berilah tunjuk ajar kepada budak mentah ini . And for myself, I will try to keep on berblogging selagi mampu and kenalah merajin -rajin kan diri Update ni In shaa allah.Nantikan entri kedua saya !.
 TO A NEW LIFE .