Friday, March 13, 2015

Nak sambung belajar apa??





Assalamualaikum ,

 Since aku masih lagi budak lepasan SPM 2014, so kepala otak ni memang serabut memikirkan bidang apa aku nak sambung lepas ni. Bila result SPM diumumkan, macam biasalah mesti member-member atau saudara-mara pun tanyalah "kau nak sambung apa lepas ni daus?""nak sambung mana?". So, bagi diorang yang dah clear nak sambung course apa nanti, senang jelah diorang nak jawab. Tapi, bagi orang macam aku yang masih tak tahu nak sambung apa nanti , memang senyum dan jawapan simple "tak tahu lagi" jelah yang kita bagi .

Masa nilah parents dan pakcik-pakcik kita nak mem-promote kan jurusan-jurusan yang hangat atau hot-courses yang gempak seperti Engineering , Arkitek dan sebagainya. Tapi, disebabkan aku cetek ilmu masa tu tentang kos-kos(Course) yang diorang sebut tu, macam mana aku nak buat keputusan nak sambung belajar apa nanti. Memang aku dilemma masa tu. Sekejap nak jadi tu , sekejap nak jadi ni.haih peningg.

Sebab apa aku taknak buat keputusan tergesa-gesa  , mainly sebab aku nak discover myself first. So aku tanya balik diri aku , apa yang aku minat, boleh ke aku carry on bidang ni . Orang pun cakap study ikut apa yang kau minat, bukan sekadar gaji masyuk semata-mata. Sebab aku taknak menyesal kalau tersalah pilih field nak study nanti, dah takboleh nak patah balik dah. Kalau boleh pun memang makan masa lama lah. Orang lain dah grad, aku terhegeh-hegeh lagi study. So , aku nak avoid semua tu before it's too late bak kata omputeh.

One more thing yang penting ialah niat / nawaitu kita. Apa niat kita nak buat something, sama ada mendatangkan faedah kepada diri kita ke tidak. Kalau niat kita betul. In Shaa Allah semua urursan kita akan smooth dan mudah. Sebaliknya kalau niat asal kita dah tak betul, memang tak menjadilah kerja tu.Jadi, betulkan niat sebelum melakukan sesuatu (kan aku dah preaching haa).

Sambung balik cerita aku, tak lama lepas tu, bapak aku pun recommendkan aku untuk sambung Accounting .Itu pun sebab kami ternampak berita tentang matlamat negara untuk melahirkan berapa ribu akauntan bertauliah bumiputera menjelang 2020. So , aku yang terumbang-ambing ni pun setuju jelah dengan bapak aku. So aku pun buat lah research tentang accounting ni. Kakak ipar aku dulu juga ambil diploma perakaunan , so aku boleh lah intrview dia sikit-sikit tentang course ni. Tup tap tup tap, timbullah rasa minat dekat akaun ni. Takpayah serabut otak lagi . Lagipun, aku memang dah set taknak ambil engineering atau medik. Tapi, satu disadvantage buat aku adalah aku ni budak science stream , so takde basic and zero lah akaun ni. Tapi aku percaya kalau kita bersungguh-sungguh nak belajar, tak ada yang mustahil iye dok?

Mungkin post aku yang seterusnya , aku nak buat entri sedikit sebanyak pasal Accounting . The qualification, studies dan hala tuju untuk menjadi seorang ACCA   iaitu  Akauntan Bertauliah.

Peace.















3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Gudluck ! And your story very nice keep it up

    ReplyDelete
  3. nice blog...btw..sini akak nk share ,ade adik2 lepasan spm ?nak cuba mohon utk program pendidikan awal kanak kanak?trus wsp sis k sis bg info 011-16930576...intake utk nov dh dibuka bole mohon =progrm kerjasama UPSI ni.. dan jika ada brminat bidg nursing/farmasi pun bole pm sis.tq semua

    ReplyDelete